Tuesday, March 19, 2013

BANDUNG TRIP DAY 1#

14 Mac 2013 - Jam 1 am waktu Malaysia (kol 12 waktu Indonesia) kami sampai di destinasi yang dituju, Bandung. Sampai je airport, supir kitorang (Asid) dah sedia dengan sehelai kertas tulis nama mbe I, Zairina Zainuddin. Macam comel plak ada orang tgu macam tu..hehe..

So kami pon bergerakla menuju ke hotel a.k.a guest house.. Alangkah kelakarnya pabila dapat taw dari supir yang guest house kitorang book ni blom tersenarai dalam hotel yang disarankan. So kami ambil keputusan untuk tukar tempat lain. Nasib baik kitorang pergi hari kerja, so nak cari hotel tak la kritikal sangat.

Setelah hampir sejam mencari, akhirnya dapa di Hotel Griya Indah. Tempatnya nice dan tak jauh dari bandar. Satu malam RP245,000 (RM79) satu malam. Bilik A/C, breakfast for 2, ada TV, Toilet sendiri. Suasana pon nice. So dah angkat barang, tukar baju kami pon lelap kepenatan..

Jam 730 pagi dah ada orang ketuk pintu hantar breakfast..Makanlah nasi goreng bersama teh.

Selesai makan, kitorang lepak kat Lobby menunggu Supir..

Inilah hotelnya..

1# : KOPO

Kat sini supir kitorang yang bwak. katanya sebelum barangan dihantar ke pasar baru, akan di hantar ke rumah ni dulu. kat cni memang ramai orang Malaysia yang berkunjung. Harga dia seriously berpatutan. Baju kurung sepasang RM35..corak dia pon memang superb! Telekung plak range RM35-RM65.. dari yang putih sehinggalah telekung berwarna..

Kain pelikat plak harganya bawah RM10..kain pun mmg cantik dan lembut. Ada jugak jual kain pasang. Yang menariknya dorang jugakmenerima tempahan buat baju dan sehari je boleh siap. Hantar terus ke bilik hotel.. Harga nya dalam RM57 sepasang.. memang berbaloi2..

I spent about RP2.8juta..haha..boleh tergolek dibuatnya..




Antara barang2 yang I beli

Setelah penat memilih dan memborong, kami telah dibawa ke tempat makan. Siap ditanya nak makan ape..Makanan Sunda?Makanan Minang?Masakan Padang? Akhirnya Kami telah dibawa ke Kedai Belacan.. Ops! Bukan nak beli belacan yer!!

Menu dia yang unik




2# JALAN RIAU

Selesai makan kami dibawa ke Jln Riau dimana terletaknya banyak Brands Outlet, Perfume, Beg Tangan, Kasut. Di sini lah terletaknya SUMMIT, HERITAGE, TERMINAL TAS, dan macam2 lagilah. Masa kitorang berjalan, ternampak satu kedai ni menjual Pisang Keju. Teringin punya pasal kami belilah dengan harga RP10,000. Sedap tapi terlalu manis. hahaha..

Kat sini sume barang murah2..yang murah bertambah lah murah.. Berpinar2 mata..nasib lah cash tak banyak..

3#JALAN CIHAMPLAS


Buat peminat jeans dan barangan kulit, disinilah syurga anda menghabiskan duit..pelbagai barangan jeans dan kulit boleh di dapati di sini. Tetapi, berhati2 dengan penjualan jeans di tepi2 jalan. Takut nanti anda ditipu. Selain itu, I juga nak ingatkan you all, if ada penjual jalanan, jangan sesekali korang melayan or mencuba menawar harga.. Percayalah, dorang akan follow kita dari hujung ke hujung.. And always be remember tentang pencopet!

Baju2 BANDUNG juga banyak terdapat disini dengan harga yang sangat2 lah murah berbanding di KL. Kualiti kain yang baik. Lebih kurang RP20,000 dan kebawah.. Disinilah anda kena pandai2 tawar menawar dengan si peniaga.

Kami mengakhiri perjalanan hari pertama dengan dinner di BASO MALANG KARAPITAN. 






No comments:

Post a Comment